Monday, October 20, 2008

Muqaddimah


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Salam sejahtera buat para pengunjung yang sudi melayari blog saya ini. Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, saya telah diberi peluang dan ilham untuk membuka suatu blog khusus untuk memperkenalkan sistem insurans yang berlandaskan Islam iaitu takaful.

Oleh kerana saya merupakan Perunding Takaful yang berkhidmat dengan Etiqa Takaful Berhad (dahulunya dikenali sebagai Takaful Nasional Sdn. Berhad), maka segala rencana, penerangan, ulasan mahupun pendapat yang diutarakan semestinyalah bersumberkan dari Etiqa Takaful Berhad.

Saya mengalu-alukan sebarang cadangan, teguran ataupun pertanyaan daripada para pembaca sekalian.

Dimaklumkan bahawa saya masih baru dalam dunia blogger ini, oleh itu, sebarang kesilapan dan kekurangan yang ada insyaAllah akan diperbaiki di semasa ke semasa.

Sekian. Salam Ukhuwah,


Muhammad Reezal Hj. Awang
Takaful Advisor
Etiqa Takaful Berhad

1 comment:

MOHD HAFIZ MOHD RASIDI said...

ASSALAMMUALAIKUM

Dengan wujudnya blog yang berkenaan takaful ini, ia akan dapat menberi lebih banyak kelebihan dan pengetahuan kepada ORANG LAIN, untuk lebih dekat dengan takaful.
alhamdulillah, sekarang ini lebih ramai orang tahu apa itu takaful dan konsep takaful itu sendiri, daripada kewujudan blog seperti ini, teruskan perjuangan encik Muhammad Reezal Haji Awang

http://mhtakaful.blogspot.com/