Friday, November 7, 2008

Mengenai Etiqa Takaful

Dengan logo dan identiti baru ini, kami membawa perubahan yang dinamik, melaksanakan perubahan luaran dan juga dalaman untuk memastikan agar anda mendapat faedah daripada perubahan ini. Nama ini unik, melambangkan asas jenama kami iaitu "Menginsankan Takaful". Logonya dinamik, berani dan berbeza tetapi mengekalkan nilai-nilai kekeluargaan melalui gambaran wajah dan juga "TQ" yang merupakan ucapan terima kasih kami kepada anda. Penggunaan huruf besar dan huruf kecil berselang-seli menggambarkan kemodenan dan melambangkan betapa mudahnya untuk mencapai dan berurusan dengan kami. Warna hitam dan kuning mewakili hubungan kami dengan Maybank dan keutuhan kedudukan kewangan kami.

No comments: